klik

weirdo me?

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Stop dreaming. Start living. Get everything. And don't look back unless it's a good view.

Friday, January 20

short-stories-post #1.




hai greeny. kali ni kita main post gaya santai okay. well, i am home today. balik bilik tengok wall gambar banyak tercabut dan jatuh bersepah. gonna fix it tomorrow. i ~ will.

angin, tolong sampaikan pada mereka. selagi saya masih kisah dan ambil berat, bagi lah kerjasama. jawab bila orang tanya, respond bila terasa. nanti bila saya dah start tak kisah dan ignore, sorry lah. have a nice life ahead. untuk terus cekalkan hati menuju ke masa hadapan yang productive, heartless itu perlu.

elok-elok tengah semangat dah fikir masa depan utk tahun 2012, no pin bsn tk valid. eh? okay tkpe, buat rileks. awak kan cool, faezza? esok kita call pihak berkenaan.

skrg hidup saya macam aman sikit lepas deactivate fb. kenapa ya? nanti lah saya fikir balik jawapannya. saya main tweet tweet je skrg. kdg-kdg saya tweet merepek. tp biasa la, semua org pn sama. lg pun itu acc twitter saya, rasanya tak salah kalau saya nk tweet apa-apa kan? kalau tk suka, saya tak paksa utk unfollow. hihi. ada a few tweetpeeps yg saya follow sebab suka baca tweetnya. kata-katanya mendalam. membuatkan saya berfikir dan terdiam. benda yang baik harus dicontohi bukan?

cuti cny? less hangout, more at home ( i ~ wish ). i just wanna eat the foods that i am craving for. so bila balik pilah, kurang sikit mengidam itu ini.

peringatan untuk diri sendiri. bila orang dah tolong dan buat baik, ingat jasa dia. terutama dengan family atau sahabat handai. awak susah, awak carik family atau sahabat kan? handphone tu kalau tak tahu nak angkat, bagi je kat hamba Allah yang memerlukan. budi bahasa pun kena jaga. kalau hati ibu saya terguris, saya lagi terasa pedihnya. cuba awak di tempat saya. renung sikit ya?

saya ni nak berubah jadi seorang yang penyabar, pemalu, dan segala sifat positif. sedang dalam proses. semoga Allah permudahkan segalanya. saya masih menjadi diri sendiri agar tidak hipokrit, cuma berubah mana yg perlu untuk kebaikan. tapi kesabaran manusia ada batasnya kan? bila agak-agak nak marah, saya ingatkan diri untuk bersabar. diam seketika. lepas tu berfikir secara rasional. harap ianya berkesan di hati.

kalau awak rasa awak busy, orang lain pun banyak kerja juga. kita semua mengalami benda yang sama. iye lah, saya diamkan sahaja. malas nak mengeruhkan keadaan. lidah saya ni boleh tahan tajam. diam adalah terbaik.

adik saya kurang sihat hati ni. doc cakap keracunan makanan. dia tak lalu nak makan, bila makan je muntah. saya bagi dia makan ubat. dia cakap bau vanilla, terus semangat nak telan. tapi bila makan ubat, dia muntah kan balik ubat tu. kesian nya. menyesal pulak saya marah dia. bukan lah marah, tp suara tu tinggi sikit dr biasa. bukan apa, dia tknak makan ubat. kalau tk makan, macam mana nak baik kan. bila dia menangis cakap taknak mkn ubat sbb sakit bila muntah, saya tersentuh dan terfikir. dulu masa saya kecik-kecik, perangai saya pun macam tu ke? saya sayang sangat adik saya. saya tahu saya kakak yg garang, tapi hanya Allah dan diri saya je yg tahu mcm mana hidup saya kalau dia takda. sedih. tears.

bila fikir balik, umur hampir 21 dah. banyak perubahan yang kita semua perlu lakukan bila umur dah nak meningkat ni. walaupun kadang-kadang macam tak boleh terima penambahan usia, tapi kena terima. sebab usia takkan kesian dan pause umur kita kan? hihi.

sebelum saya menamatkan pengajian, saya nak menikmati saat-saat akhir kemanisan itu. saya renung dinding fakulti. saya pandang manusia yang lalu lalang walaupun telinga saya pekak dengan headphone. saya cuba order resipi baru di cafe dan kedai tomyam. saya habiskan weekend di bilik kecil itu. kami bina ikatan yang comel. mereka jadi adik-adik saya. dan saya juga ketawa dengan kawan sekelas. tapi, saya ada perasaan. nak bergurau boleh, tapi jangan over sangat ya?

pabila lama menyepikan diri di pekan kecil itu, saya rindu hobi saya di sini. saya nak jadi nakal balik ( in a proper way ). tapi jangan risau, saya masih faezza yang sama. saya jadi lain bila saya sendiri je. hihi. saya nak handbag baru. warna hijau turquoise berlegar dalam fikiran. tolong lah jangan berlegar, saya tengah kumpul apa yang patut ni. kasut saya pun dah menipis. bila hujan lunyai tapaknya. beli baju pun best. gold colour and kimono were crossed my mind. jeans? not bad. i want shhooppping. okay stop.

saya sedang baca buku. baca buku di train boleh buat saya senyum sorang-sorang. mesti orang depan ingat buku saya tu best sangat kan? well, menghayati pemandangan luar dari tingkat train juga tidak kurang hebatnya. try one! boleh menangis tahu? hihi.

tak lupa juga, saya masih bersama GG, RM dan FO. eh apa tu? Gossip Girl, Running Man, dan Family Outing. tapi paling saya suka FO la. fav part time dorang masak untuk dinner and breakfast. utk yg berdiet, tidak digalakkan menonton. chun hee dan jong kook, si mata sepet. mereka ni sebenanrnya makhluk yang comel kan? sedap mata memandang. saya taknak cakap pasal korea. nanti tak boleh tidur. hihi.

cukup lah untuk malam ini. sesiapa yang baca sampai habis, terima kasih. kali ni entry panjang sangat. sebenarnya tak lah panjang mana. cuma dah letih dah jari saya ni. sebab saya tulis apa yang jari runcing saya ni taip. jari runcing? eh? eww. well makcik saya yang cakap macam tu. kejadian Allah, saya terima dengan hati yg ikhlas. hihi.

untuk hari yang lebih indah, mulakan dengan niat yang betul. bila rasa tiada siapa yang memahami kita, ingat lah bahawa Allah sentiasa ada untuk mendengar luahan hati. peringatan untuk diri sendiri juga. selamat malam. salam semua :)






2 comments: